Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kekalkan kaedah kesihatan awam dan sebaiknya amalkan kawalan pergerakan kendiri.

Itu nasihat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba susulan terdapat sejumlah 64,046 kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun dijangkiti Covid-19 di negara ini.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, langkah itu adalah yang terbaik bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

"Pantau gejala dan segera jalani ujian calitan Covid-19 dan pengasingan mengikut nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) jika mengetahui diri adalah kontak rapat atau terdedah kepada Covid-19," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Dr Adham mendedahkan, sejak 25 Januari 2020 sehingga 18 Mei 2021, seramai 64,046 kanak-kanak serta remaja berumur kurang 18 tahun yang dijangkiti wabak itu.

Beliau berkata, secara pecahannya membabitkan mereka berumur di bawah 4 tahun sebanyak 15,050 kes, 5 hingga 6 tahun (6,300 kes), 7 hingga 12 tahun (20,885 kes) dan 13 hingga 17 tahun sebanyak 21,811 kes.

Pada tahun lalu, hanya 8,369 kes membabitkan kanak-kanak dilaporkan.

Sehubungan itu, semua PKD diarahkan untuk melakukan pemeriksaan saringan di sekolah.

Manakala murid dengan gejala Covid-19 seperti demam, batuk, dan sakit tekak tidak hadir ke sekolah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 2:25 PM