PENDUDUK Palestin meraikan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di in Gaza. FOTO AFP
PENDUDUK Palestin meraikan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di in Gaza. FOTO AFP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin susulan gencatan senjata Israel-Hamas pada lewat Khamis.

Mesir bertindak sebagai orang tengah untuk perjanjian gencatan senjata itu.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya pada Jumaat berkata: "Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin."

Kabinet Keselamatan Israel pada Khamis bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu.

"Serangan Israel menyebabkan ratusan orang terkorban dan ribuan lagi cedera.

"Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa," tambah Hishammuddin.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 3:37 PM