Foto hiasan
Foto hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 24 kluster baharu yang dilaporkan di 10 negeri hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu pertama yang dikenal pasti adalah Kluster Jalan Bunga Azalea dilaporkan di Hulu Selangor, Selangor dengan 11 kes dikesan positif.

"Kluster kedua pula adalah Kluster Jalan Makasar yang dilaporkan di Kluang, Johor dengan 27 kes dikesan positif.

"Kluster ketiga yang dikenal pasti adalah Kluster Teknologi Juru yang dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dengan 20 kes dikesan positif. Kluster keempat adalah Kluster Jalan Kampung Juru yang dilaporkan di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dengan 12 kes dikesan positif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster yang dikenal pasti adalah Kluster Jalan Pengalat Lok Lawi yang dilaporkan di Kota Kinabalu dan Papar, Sabah dengan 10 kes dikesan positif.

Menurutnya, kluster keenam yang dikesan adalah Kluster Lorong Karamunsing yang dilaporkan di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran, Sabah dengan 16 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Tun Fuad yang dilaporkan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah dengan 11 kes dikesan positif.

"Seterusnya Kluster Jalan Dato Dol Said yang dilaporkan di Alor Gajah dan Jasin, Melaka dengan 27 kes dikesan positif, Kluster Bukit Tempayan yang dilaporkan di Melaka Tengah dengan 11 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan," katanya.

Beliau berkata, Kluster Jalan Iskandar pula dilaporkan di Klang, Selangor dengan 13 kes dikesan positif serta Kluster Taman Sri Muda yang juga dilaporkan di Klang dengan 16 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster yang dikenal pasti adalah Kluster Jalan Perwira Lapan yang dilaporkan di Johor Bahru, Johor dengan 18 kes dikesan positif," katanya.

Menurutnya, kluster ke-13 yang dikenal pasti adalah Kluster Taman Maju Jaya yang dilaporkan di Batu Pahat, Johor dengan 12 kes dikesan positif.

"Kluster seterusnya Kluster Dah Berapit yang dilaporkan di Kuala Muda dan Kulim, Kedah dengan 36 kes dikesan positif.

"Kluster Jalan Kretam Silimpopom menjadi kluster ke-15 yang dikenal pasti di Kalabakan, Sabah dengan 42 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Kenyalang Park yang dilaporkan di Kuching dan Samarahan, Sarawak dengan 27 kes dikesan positif," katanya.

Menurutnya, kluster ke-17 dikenal pasti adalah Kluster Kampung Tebekang yang dilaporkan di Serian, Sarawak dengan 18 kes dikesan positif.

Katanya, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Dah Insun yang dilaporkan di Pendang dan Kuala Muda, Kedah dengan 35 kes dikesan positif.

"Kluster ke-19 dikenal pasti adalah Kluster Padang Lalang Dua yang dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, dengan 10 kes dikesan positif.

"Kluster Batu Lapan Bukit Rambai dikenal pasti di Melaka Tengah dan Jasin, Melaka dengan 12 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster ke-21 dikenal pasti adalah Kluster Jalan Dara yang dilaporkan di Maran, Pahang dengan 11 kes dikesan positif, manakala Kluster Sri Tanjung dilaporkan di Bentong dengan 17 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Tok Dor yang dilaporkan di Setiu, Kuala Nerus dan Besut, Terengganu dengan 25 kes dikesan positif.

"Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Kandis yang dilaporkan di Bachok, Kelantan dengan 25 kes dikesan positif," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Mei 2021 @ 7:40 PM