FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hanya membenarkan 50 jemaah menunaikan solat Jumaat serta solat fardu di masjid negeri, bandar dan jajahan di seluruh negeri berkuat kuasa esok.

Manakala bagi Masjid Mukim Kategori 'A' termasuk surau dan musalla hanya dibenarkan kepada empat jemaah sahaja.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, semua jemaah perlu berada dalam saf dengan penjarakan dua meter dan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

"Perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri, dan aktiviti-aktiviti lain tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MAIK berharap semua pihak termasuk pengurusan masjid, surau dan musolla memberi kerjasama dengan mematuhi SOP.

"Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 8:14 PM