Polis mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan artis Neelofa bersama keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di dalam sebuah rumah di kawasan Telok Gong, Isnin lalu. FOTO IHSAN PEMBACA
Polis mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan artis Neelofa bersama keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di dalam sebuah rumah di kawasan Telok Gong, Isnin lalu. FOTO IHSAN PEMBACA
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Ahli keluarga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali Neelofa hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.

Turut kelihatan berada di IPD berkenaan bapa kepada selebriti itu.

Mereka tiba menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih pada jam 2.51 petang.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar dilaporkan berkata, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 3:47 PM