SIK meneliti surat kebenaran perjalanan rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Puteh, di sini, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim
SIK meneliti surat kebenaran perjalanan rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Puteh, di sini, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim

my

Gua Musang: Polis mendapati jumlah kenderaan rentas negeri khususnya ke Kuala Lumpur melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis meningkat sejak semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, daripada pemantauan dilakukan terdapat peningkatan kenderaan sebanyak 25 hingga 30 peratus.

Katanya, ia hanya membabitkan laluan utama di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis manakala Jalan Gua Musang-Cameron Highlands tidak banyak berubah.

Bagaimanapun, kata beliau, kesesakan jalan berkenaan tidaklah kritikal kerana semua perjalanan trafik terkawal bermula di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

"Apapun, kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang melalui jalan itu," katanya di sini, hari ini.

Sik berkata, selain pemeriksaan kebenaran rentas negeri, polis turut memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga mendapati penduduk semakin lalai dan tidak mematuhi SOP selepas Aidilfitri.

"Semalam empat kompaun termasuk dua tidak memakai pelitup muka dan dua lagi kompaun tidak mengimbas kod QR dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan kompromi terhadap pelanggaran SOP yang ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 10:47 AM