Polis mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘DuaEmpat LapanSatu’.
Polis mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘DuaEmpat LapanSatu’.
Raja Noraina Raja Rahim


Bentong: Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Dua Empat Lapan Satu' bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permit rentas negerinya diubah polis di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis mendapati satu hantaran yang tular di media sosial.

"Pemilik akaun Facebook terbabit mendakwa kelulusan permit rentas negerinya yang diluluskan polis dari 11 sehingga 17 Mei dipotong menjadi sehari ketika melalui SJR Tol Bentong menghala Kuantan.

"Sehubungan itu, pemilik akaun diminta menghubungi polis untuk memberikan kerjasama supaya siasatan lanjut boleh dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, individu terbabit boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 1:03 PM