GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin dan Redzuan Muharam

am@hmetro.com.my.

Kuala Lumpur: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak gagal sebaliknya membantu mengekang penularan wabak Covid-19 sekali gus mengelak peningkatan kes jangkitan harian dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika PKP 2.0 tidak dilaksanakan, kes harian boleh meningkat sehingga lima angka sehari.

"PKP 2.0 tak gagal kerana kalau tak laksanakan, kes boleh meningkat kepada lima angka. Ada kemungkinan 10,000 hingga 20,000 kes sehari," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada PKP 2.0 gagal berikutan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Ketika ditanya sama ada negara sudah memasuki gelombang keempat Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, KKM masih memantau varian dan jangkitan baharu yang menular dalam negara.

"PKP 2.0 adalah kesinambungan gelombang ketiga dan kita masih memantau varian baru serta jangkitan baru sebelum mengesahkan adanya gelombang keempat," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 7:12 PM