GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap (PDPT) serta Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) akan ditutup mulai esok hingga Selasa ini bagi kerja sanitasi dan pembersihan susulan penularan Covid-19.

Pegawai Daerah Padang Terap Datuk Md Shuhaime Abdul Rahman berkata, kerja-kerja terbabit dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sejak 3 petang semalam.

"Terdapat seorang kakitangan disahkan positif Covid-19, dan dia dipercayai dijangkiti virus itu daripada anaknya.

"Kakitangan ini sedang dipantau di rumah kerana keadaannya tidak serius, selain sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

NOTIS pemberitahuan penutupan Majlis Daerah Padang Terap.FOTO Tular
NOTIS pemberitahuan penutupan Majlis Daerah Padang Terap.FOTO Tular

Semalam, tular status seorang individu di Facebooknya bahawa dia dan ahli keluarganya dijangkiti Covid-19, sambil meminta orang ramai yang pernah menjadi kontak rapat agar dapat menghubunginya.

Terdahulu dalam notis pemberitahuan, PDPT memaklumkan pejabat itu akan dibuka semula pada Rabu ini.

Orang ramai yang ingin menjelaskan bayaran cukai tanah, mereka boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi laman web ibayaq kedah.

NOTIS pemberitahuan penutupan Pejabat Daerah Padang Terap. FOTO Tular
NOTIS pemberitahuan penutupan Pejabat Daerah Padang Terap. FOTO Tular

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 4:39 PM