Duta Besar Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo (dua, kiri) bersama pasangannya Triana Nechytaylo meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena memperingati mangsa Perang Dunia II hari ini. FOTO BERNAMA
Duta Besar Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo (dua, kiri) bersama pasangannya Triana Nechytaylo meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena memperingati mangsa Perang Dunia II hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kedutaan Ukraine di Malaysia hari ini memperingati mangsa yang terkorban dalam Perang Dunia II dengan mengadakan upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara.

Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo mengetuai upacara itu, beliau diiringi isteri Triana Nechytaylo dan Presiden Persatuan Budaya Ukraine Lidiya Murugan. ,

"Hari ini, kita mengenang lebih 80 juta nyawa yang terkorban dan mereka yang terselamat dari Perang Dunia II," kata Nechytaylo dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Ukraine satu daripada negara paling teruk terjejas di Eropah, kehilangan hampir 10 juta rakyatnya ketika peperangan itu.

Sambutan Remembrance and Reconciliation Day bermula pada 8 Mei 2015, sementara 9 Mei sebagai hari memperingati kejayaan bebas daripada cengkaman Nazi.

"Adalah menjadi tradisi warga Ukraine di seluruh dunia menyambutnya pada hari ini," katanya.

Sambutan itu tidak dapat diadakan pada 2020 kerana pandemik.

"Tetapi tahun ini upacara sederhana diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 1:51 PM