Paparan iklan seakan hidupan sebenar yang kelihatan menonjol di luar skrin menarik perhatian orang awam di persimpangan KLCC. - FOTO Big Tree
Paparan iklan seakan hidupan sebenar yang kelihatan menonjol di luar skrin menarik perhatian orang awam di persimpangan KLCC. - FOTO Big Tree
Muhamad Shaifullah Tayep

SEKIRANYA anda sering berada di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur (KLCC), pasti terkejut melihat perubahan ketara di kawasan berkenaan.

Saat melalui persimpangan KLCC di Jalan Ampang, pasti anda terpegun melihat skrin besar yang menutup hampir keseluruhan bangunan Lembaga Getah Malaysia.

Dibawakan oleh peneraju pengiklanan luar terkemuka Malaysia, Big Tree Outdoor Sdn Bhd (Big Tree), ia produk terbaharu pengiklanan luar rumah (OOH) yang dikenali sebagai CuBig @ KLCC Junction.

Mula mendapat perhatian sejak ia dilancarkan pada 5 Mei lalu, produk terbaharu Big Tree yang juga anak syarikat milik Media Prima Bhd (MPB) itu adalah skrin iklan digital terbesar di Malaysia setakat ini.

CuBig @ KLCC Junction mampu memaparkan visual tiga dimensi (3D) dan anamorfik, penonton dapat melihat paparan iklan seakan hidupan sebenar yang kelihatan menonjol di luar skrin.

CuBig @ KLCC Junction juga menjadi bualan pengguna media sosial apabila rata-rata daripada mereka berkata ia bakal menghiburkan sesiapa sahaja yang melalui persimpangan KLCC kerana saiznya yang besar membolehkan orang awam dari pelbagai sudut menyaksikannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Big Tree Shukor Ariffin berkata, nama "Impulse by Big Tree" dipilih sebagai nama pelancaran bagi memenuhi pemahaman bahawa media pengiklanan luaran melahirkan kesedaran jenama pengiklan serta mempengaruhi naluri tingkah laku pengguna.

"Pengiklanan luaran memangkin kekukuhan hubungan pelanggan dengan pengguna dengan cara memikat perhatian khalayak ramai ketika mereka menjalankan rutin harian.

"Skrin bersaiz besar ini mampu memukau ramai pengguna jalan raya di pusat bandar, terutama sekali ketika di persimpangan jalan raya utama ini," katanya ketika pelancaran yang dilakukan secara dalam talian, baru-baru ini.

Bagi anda yang tidak dapat ke kawasan KLCC untuk menyaksikan kehebatan CuBig @ KLCC Junction, saksikan video pengenalannya di YouTube.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 11:12 AM