GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Malaysia belum mendapat sebarang maklumat rasmi berhubung laporan sebuah portal berita Arab Saudi yang menyiarkan artikel mengenai kemungkinan larangan ibadah haji tahun ini untuk warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengesahkan demikian menerusi satu kenyataan maklum balas ringkas hari ini.

"Kami belum dapat apa-apa makluman rasmi daripada Arab Saudi," katanya dalam reaksi berkaitan artikel portal itu.

Portal berita Arabian Business yang memetik sumber dilaporkan berkata, Arab Saudi dijangka sekali lagi mengeluarkan larangan ibadah haji kepada warga asing, kali kedua selepas membuat keputusan sama tahun lalu.

Tindakan itu sebagai langkah pencegahan penularan wabak virus Covid-19.

Bagaimana portal berita itu tidak memetik sebarang pengesahan perkara itu daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Setakat ini, negara Teluk itu merekodkan lebih 420,000 kes penularan Covid-19 yang membabitkan lebih 7,000 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 6:33 PM