GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter iaitu daripada RM2.58 seliter kepada RM2.60 seliter manakala RON95 dan diesel kekal dengan masing-masing ditetapkan pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 6 sehingga 12 Mei ini.

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 5:13 PM