LAPORAN terdahulu portal MyMetro
LAPORAN terdahulu portal MyMetro
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes masih lagi dalam siasatan dan pihak polis dalam tindakan mengesan dan akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP PKPB.

Terdahulu, pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air, Siti Nurhaliza.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila individu itu dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik.

Antara yang dapat dilihat di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal iaitu Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 5:11 PM