ANTARA kotak mercun yang dirampas. FOTO ihsan Polis
ANTARA kotak mercun yang dirampas. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Lelaki ditahan bersama 451 kotak mercun dianggarkan bernilai RM507,700 dalam serbuan Operasi Kontraban (Op Kontraban) di Jalan Bistari, Taman Universiti, Sungai Tangkas, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batilion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan Rizal Mohamed berkata, pihaknya menahan lelaki, 42, di premis berkenaan, kira-kira 4 petang.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menemui dan merampas sebanyak 451 kotak mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM507,700 di lokasi terbabit.

"Semakan mendapati semua mercun berkenaan tidak tersenarai sebagai mercun yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM pada tahun ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rizal berkata, pihaknya turut merampas beberapa telefon bimbit dan menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM509,600.

"Suspek dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

"Dengan penahanan suspek dan rampasan berkenaan, kani percaya berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyimpanan serta pengedaran mercun di sekitar Lembah Klang," katanya.

Keterangan gambar:

1. ANTARA kotak mercun yang dirampas dalam Op Kontraban di sebuah premis di Jalan Bistari, Taman Universiti, Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 4:40 PM