Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tempahan bagi slot janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) yang dibuka pada 12 tengah hari tadi, penuh dalam tempoh kurang empat jam.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan demikian menerusi ciapan di Twitter rasminya pada 3.19 petang.

"Saya minta maaf atas kegagalan (teknikal) sebelum ini dan pelbagai 'refresh' yang terpaksa dilakukan.

"Bagaimanapun anda masih boleh klik di kotak kelabu untuk mendaftar dalam senarai menunggu bagi tempoh beberapa jam lagi," ciapnya.

Katanya, pasukannya sedang mengemaskini maklumat janji temu dan akan menghantarnya kepada penerima berjaya menerusi aplikasi Mysejahtera dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Kerajaan membuka pendaftaran untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini dengan penerima perlu memilih Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tarikh janji temu bersesuaian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 4:53 PM