SIK (tengah) meneliti permit rentas negeri di SJR Tanah Puteh. FOTO Ramli Ibrahim
SIK (tengah) meneliti permit rentas negeri di SJR Tanah Puteh. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Polis menahan pemandu treler sarat muatan sawit dalam keadaan khayal dadah di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanah Puteh, dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 26 tahun berasal dari Terengganu ditahan ketika polis sedang melakukan pemeriksaan ketat di SJRJalan Gua Musang-Kuala Lipis pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintandan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan turut menjumpai sebiji pil methamphetamine.

Beliau berkata, ujian air kencing lelaki itu positif dadah methamphetamine dan ia masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siatan lanjut.

"Hasil siasatan kita bekalan dibawa adalah untuk kegunaan diri sendiri sebagai pemandu lori kononnya dengan mengambil dadah ambil dapat beri kesan supaya dia tak mengantuk memandu kenderaan lori dan itu satu momokan yang tak ada kena mengena sebenarnya tetapi akan memudaratkan diri pengguna itu sendiri," katanya ketika melakukan pemantau di SJR Kampung Tanah Puteh, dekat sini, semalam.

Sik berkata, penahanan pemandu itu dalam tindakan tegas polis dalam menangani pelbagai kesalahan ketika pengguna rentas negeri memasuki Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 11:07 AM