DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay beramah mesra dengan segelintir daripada peserta Majlis INTAN Executive Lecture Series : Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang Johor. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay beramah mesra dengan segelintir daripada peserta Majlis INTAN Executive Lecture Series : Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang Johor. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri itu supaya tidak meminta atau menerima duit raya jika tidak mahu berdepan tindakan tegas.

"Kalau ada aduan saya akan ambil tindakan, tiada istilah duit raya, yang tadi ditanya itu buah kurma, buah kurma bagi saya itu biasa.

"Tapi, kalau duit raya lain, kalau tauke-tauke judi bagi duit raya bukannya RM1,000 kadang-kadang RM10,000, itu kalau ada maklumat saya akan ambil tindakan.

"Yang mana ambil rasuah saya sudah dan akan ambil tindakan siasat, tiada tolak ansur," katanya pada sidang media pada Majlis INTAN Executive Lecture Series : Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, berbeza dengan pemberian buah kurma yang kerap diamalkan umat Islam pada bulan Ramadan ia tidak dianggap sebagai rasuah sebaliknya berupa hadiah kepada seseorang.

"Saya pernah bersiaran dengan Datuk Noh Gadot penasihat agama, istilahnya hadiah bukannya sedekah untuk mereka yang berkemampuan.

"Setakat buah kurma ni takkan nak kata rasuah, kalau buah durian musang king kan itu mungkin boleh sedikit kan sebab mahal.

"Takkanlah kita nak kategorikan sebagai rasuah terutama bulan puasa ini, banyak sedekah makanan pahala dia dapat banyak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 8:55 PM