GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Mohd Roji Kawi

Kuching: Sarawak membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama balik ke rumah masing-masing tanpa perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, keputusan itu diambil berikutan tempoh penutupan institusi pendidikan dilanjutkan.

"Sebelum ini, pelajar yang tinggal di insitusi pendidikan dan sekolah berasrama tidak dibenarkan keluar atau balik ke kampung halaman.

"Bagaimanapun berikutan keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan institusi pendidikan, maka JPBN membenarkan pelajar yang tinggal di asrama balik ke rumah masing-masing tanpa perlu melakukan ujian RT-PCR," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Sarawak terus mencatat tiga angka jangkitan baharu Covid-19 hari ini dengan 522 kes.

"Sebanyak 77 peratus kes tertumpu di daerah Bintulu, Sibu, Miri, Kuching dan Kanowit," katanya.

"Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Bintulu sebanyak 140 kes, Sibu (96), Miri (69), Kuching (58), Kanowit (40), Selangau (15), Sri Aman (15), Serian (13) dan Kapit (13).

"Selain itu, Mukah mencatat sembilan kes, Lundu (7), Song (6), Bukit Mabong (6), Pakan (5), Bau (5), Saratok (4), Betong (4), Sarikei (4), Matu (4), Julau (3), Daro (2), Samarahan (2), Tanjung Manis (1) dan Limbang (1).

"Kes terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 29,899 kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 7:13 PM