MUHYIDDIN berbual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas Solat Tarawih pada Majlis Berbuka Puasa bersama Jemaah Menteri. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri, di sini.

Muhyiddin tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7.05 petang bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara yang hadir ialah Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Muhyiddin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Ustaz Ikmal Zaidi Hashim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 11:09 PM