BERNAMA

Putrajaya: Malaysia secara berterusan menilai semua jenis vaksin Covid-19 yang dibangunkan termasuk jenis semburan hidung untuk program imunisasi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata, Malaysia ketika ini sudah membuat tempahan vaksin Covid-19 yang mencukupi bagi kegunaan penduduknya.

"Malaysia sudah menempah cukup vaksin untuk diberikan kepada 110 peratus populasinya.

"Jika kemudian kami membuat keputusan bahawa keadaan seperti ini menjadi pandemik dan kemudian kekal di sini sebagai endemik, nampaknya akan ada strategi pemerolehan jangka panjang untuk vaksin," katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini, tadi.

GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA

Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa 2, Khairy berkata sebanyak 129 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di seluruh negara penghujung Mei ini.

Ketika ini, katanya, terdapat 60 PPV diaktifkan di 12 negeri dan yang tertinggi melaksanakan vaksinasi pada fasa kedua ini adalah Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 5:11 PM