Wartawan

Kuala Lumpur: Prosedur operasi Standard (SOP) Aidilfitri belum dapat diumumkan hari ini memandangkan ia masih diperhalusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jakim masih memperhalusinya bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Insya Allah, apabila selesai kita akan umumkan dalam waktu terdekat.

"Mengenai kenyataan yang tular (aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan) adalah tidak benar. Saya tidak pernah umum lagi SOP Aidilfitri.

"Saya akan umumkan (nanti berhubung) sambutan ketika Aidilfitri, solat Aidilfitri, ziarah tanah perkuburan... itu akan diumumkan nanti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 5:31 PM