Datuk Seri Azam Baki.
Datuk Seri Azam Baki.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: "Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini," kata Ketua Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Menurutnya, beliau akan menyerahkan mana-mana pegawai SPRM kepada pihak polis sekiranya ada yang terbabit dengan sindiket Geng Nicky.

Azam memberi reaksi itu terhadap penahanan dua pegawai SPRM dan 10 pegawai polis menerusi Op Pelican 3.0 kerana dipercayai terbabit melindungi Geng Nicky iaitu kumpulan jenayah terancang yang mana ketuanya kini dalam buruan pasukan polis.

"SPRM mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya ini yang dipercayai terbabit dengan kegiatan haram Geng Nicky.

"SPRM sudah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, penahanan pegawai SPRM itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melalui kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 2:52 PM