GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kajian dijalankan Merdeka Centre mendapati 70 peratus responden belia berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Harris Idaham Rashid berkata, ini sekali gus menguatkan pendirian Armada untuk menyokong penuh kemasukan pengundi berusia 18 tahun ke atas.

Menurutnya, kumpulan ini diyakini memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin terbukti berkesan dan diterima masyarakat.

"Tanda pagar #kerajaangagal yang tular terbukti tidak mencerminkan pendapat sebenar rakyat dan ia hanya taktik kosong yang digembar-gemburkan di media sosial," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Harris berkata, kajian dijalankan organisasi sama juga mendapati 70 peratus responden berpuas hati dengan usaha kerajaan menangani Covid-19.

Katanya, ini terbukti apabila kerajaan dapat memulihkan semula ekonomi ketika negara masih bergelut dengan pandemik ini.

"Dalam kajian ini, 57 peratus responden berpendapat bahawa masalah terbesar yang dihadapi mereka adalah masalah ekonomi.

"Ini jelas kelihatan apabila responden mengatakan bahawa pendapatan mereka merudum pasca pandemik Covid- 19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 4:35 PM