Raikan Aidilfitri bersama yang tersayang dengan hamper Chek Hup. - FOTO Chek Hup
Raikan Aidilfitri bersama yang tersayang dengan hamper Chek Hup. - FOTO Chek Hup
Muhamad Shaifullah Tayep

KURANG daripada sebulan umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri.

Biarpun wabak Covid-19 membataskan pergerakan dan aktiviti harian, ia tidak menjadi penghalang untuk kita meraikannya bersama yang tersayang.

Jenama kopi terkenal, Chek Hup tampil dengan hamper Aidilfitri untuk dihadiahkan kepada yang tersayang sebagai tanda ingatan.

Image

Terdapat tiga jenis hamper iaitu Hamper Manis-Manis Lebaran, Hamper Keriangan Aidilfitri dan Hamper Riang Ria Raya boleh dijadikan pilihan dan disesuaikan mengikut citarasa sendiri.

Image

Inginkan sesuatu yang boleh dinikmati semua, Hamper Manis-Manis Lebaran sesuai untuk mereka kerana ia mengandungi enam pek iaitu satu pek setiap satu daripada siri Ipoh White Coffee, Teh Tarik, Kokoo dan tiga pek Coffee Brown. 

Hamper Keriangan Aidilfitri pula mengandungi lima kotak kopi daripada siri Gourmet dan Flavoured Gourmet dengan rasa kopi tersendiri dan istimewa.

Manakala, Hamper Riang Ria Raya sesuai untuk mereka yang inginkan kelebihan kerana ia mengandungi dua kotak kopi siri Gourmet dan Flavoured Gourmet berserta empat pek daripada siri Ipoh White Coffee, Teh Tarik, Kokoo dan Coffee Brown.

Hamper Aidilifitri keluaran Chek Hup ini boleh didapati di laman web Chek Hup sehingga 31 Mei 2021 pada harga bermula daripada RM59 sehingga RM78.90.

Setiap pembelian hamper Aidilfitri juga akan menerima sekotak stick gula batu secara percuma.

Image

Selain itu, pembelian berjumlah RM85 ke atas melayakkan anda untuk menerima cawan merah edisi terhad Chek Hup - Love of Joy secara percuma.

Layari laman web Chek Hup hari ini untuk mengubati kerinduan anda buat yang tersayang dengan hamper eksklusif Chek Hup Aidilfitri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 10:04 AM