Lebih banyak rebat boleh dinikmati oleh pelanggan di Courts Malaysia bersempena persiapan menyambut Aidilfitri. - FOTO Courts
Lebih banyak rebat boleh dinikmati oleh pelanggan di Courts Malaysia bersempena persiapan menyambut Aidilfitri. - FOTO Courts
Nur Amirah Abd Rani

HARI raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. 

Meski kita masih terkesan dengan pandemik, segala persiapan tetap perlu dilaksanakan bagi memastikan sambutan Raya tetap meriah. 

Bukan sahaja persiapan dari segi pakaian baharu, rumah kita juga harus diambil kira agar keterujaan tetap dirasai.

Courts Malaysia, sebagai peneraju jualan barang elektrik, teknologi dan perabot terbesar di Malaysia menawarkan promosi menarik untuk pelanggannya sempena Hari Raya yang bakal tiba. 

Menerusi kempen Sinari Raya Jimat Berbelanja, harga yang ditawarkan adalah sangat rendah berbanding harga kempen lain sehingga pelanggan boleh nikmati rebat melebihi RM3.8 juta di seluruh cawangan.

Selain itu, diskaun untuk setiap kategori juga amat berbaloi untuk direbut seperti diskaun sehingga 20% untuk pembelian perabot dan diskaun sehingga 15% untuk pembelian peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan televisyen terpilih. 

Inilah masa yang sesuai untuk anda menukar barangan rumah kepada yang lebih besar, lebih selesa dan lebih berkapasiti tinggi. Di Courts lebih banyak anda membeli, lebih jimat anda berbelanja.  

Eratkan hubungan anda dengan orang tersayang menggunakan telefon pintar lebih canggih dan jelas. 

Setiap pembelian telefon pintar terpilih bernilai RM2,999 dan ke atas, anda akan  mendapat rebat sehingga RM200. 

Bukan itu sahaja, pelbagai servis ekstra juga turut tersedia seperti penghantaran percuma, servis dr.digital dan banyak lagi.

Hadiah-hadiah percuma berjenama juga menanti pelanggan dengan setiap pembelian barangan serendah RM1,499 dan ke atas seperti jag Elba, pengisar Sharp, pembersih udara Sharp, tablet Samsung Galaxy, Apple Airpods Pro dan Samsung Galaxy tab S6 Lite.

Jadikan Courts Malaysia sebagai tempat pilihan untuk anda berbelanja barangan rumah dan jangan lupa untuk nikmati servis sanitasi rumah hanya RM199 untuk memastikan keselamatan dan keselesaan tetamu dan seisi keluarga anda.

Kunjungi Courts berdekatan anda sekarang sehingga 18 Mei 2021 dan untuk maklumat lanjut mengenai promosi kami, layari laman web Courts atau layari akaun rasmi Instagram atau Facebook. Tertakluk terma dan syarat.

Tonton video Raya dari Courts bersempena pandemik yang bertajuk Raya Ni Tak Best!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 6:48 PM