Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa dan (gambar kanan) keadaan motosikal yang terbakar selepas bertembung di Kampung Pasir Garam di Kampung Gajah hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa dan (gambar kanan) keadaan motosikal yang terbakar selepas bertembung di Kampung Pasir Garam di Kampung Gajah hari ini. Foto Ihsan JBPM
Noor Hidayah Tanzizi

Kampung Gajah: Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan melecur selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung sebelum sebuah daripadanya terbakar di Kampung Pasir Garam di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.15 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan sebuah motosikal musnah terbakar 95 peratus.

"Seorang mangsa melecur hampir 45 peratus, manakala warga Pakistan berusia lingkungan 30-an melecur hampir 30 peratus.

"Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dan kedua-dua mangsa diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 10:31 PM