GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Lima remaja lelaki ditahan berhubung kejadian pelajar tingkatan dua dipukul di hadapan sekolah di Taman Daya di sini, 8 April lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian berlaku kerana rasa tidak puas hati suspek yang beranggapan mangsa menyindir adik saudaranya.

Menurutnya, seorang daripada suspek bersama empat rakannya menyerang mangsa dengan memukulnya beberapa kali.

"Kelima-lima suspek berusia 15 hingga 17 tahun ditahan hari ini.

"Mengikut laporan polis dilakukan di Balai Polis Setia Indah, mangsa mengadu dipukul lima lelaki yang tidak dikenali ketika berbual dengan rakannya di hadapan sekolah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya," katanya.

Video berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kejadian terbabit tular di media sosial hari ini.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 9:26 PM