GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 kekal pada harga RM2.54 seliter manakala RON95 dan diesel juga kekal dengan masing-masing ditetapkan pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 15 sehingga 21 April ini.

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 5:40 PM