BERNAMA

Kuala Terengganu: Kompleks Seri Iman, di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif Covid-19 di bangunan pusat pentadbiran itu.

Penutupan itu membabitkan enam pejabat di bangunan berkenaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perintah penutupan premis itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja pembasmian kuman untuk mengawal penyakit berjangkit merebak.

"Ia berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini, terdapat 177 kes aktif Covid-19 di seluruh Terengganu dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil serta diberikan rawatan biasa.

KAKITANGAN kerajaan di Kompleks Seri Iman melakukan proses  ujian saringan Covid-19 selepas selepas mendapati 11 kalangan kakitangan disahkan positif Covid-19. FOTO Ghazali Kori
KAKITANGAN kerajaan di Kompleks Seri Iman melakukan proses ujian saringan Covid-19 selepas selepas mendapati 11 kalangan kakitangan disahkan positif Covid-19. FOTO Ghazali Kori

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 11:15 AM