Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti manakala masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Menurutnya, Kluster Jalan Puncak Borneo di Sarawak, Kluster Jalan Raja Laut dan Kluster Jalan Hishamuddin di Kuala Lumpur serta Kluster Lebuh Wawasan di Putrajaya membabitkan kluster tempat kerja.

Katanya, Kluster Tabanak dan Kluster Kampung Gayang di Sabah dan Kluster Taman Malim Jaya di Melaka membabitkan komuniti.

"Bagi Kluster Jalan Bukit Belida di Negeri Sembilan membabitkan kluster keagamaan, manakala Jalan Salleh di Johor daripada pusat tahanan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 344 kluster dengan 62 kluster merekodkan pertambahan kes positif baharu.

Katanya, kluster merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth sebanyak 137 kes, Kluster Jalan Puncak Borneo (60 kes), dan Kluster Jalan Bambangan (47 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 5:57 PM