GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Laluan ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Maluri menghala ke Stesen LRT Pandan Jaya masih belum beroperasi selepas pokok tumbang akibat hujan lebat hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, penumpang LRT yang terjejas berjaya keluar sendiri dibantu kakitangan LRT dan bomba ke kawasan lebih selamat.

Menurutnya, sehingga kini kerja-kerja memotong pokok masih berjalan di stesen LRT terbabit.

Harian Metro hari ini melaporkahujan lebat sejak petang tadi menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan empat kes pokok tumbang di sekitar pusat bandar raya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 11:30 PM