X
Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Tindakan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 sebelum ke luar negara tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan negara terbabit.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, pemberian vaksin di negara ini masih secara sukarela.

"Pengambilan vaksin bukan sesuatu diwajibkan tetapi diberi pilihan kepada rakyat. Namun, untuk kesihatan mereka, kita memohon kepada rakyat untuk ambillah vaksin.

"Untuk ke luar negara, kita tidak bincangkan lagi mengenai perkara ini kerana ia tertakluk kepada negara terbabit.

"Kita dapat perkhabaran bahawa untuk musim haji kali ini, jika dibenarakan menunaikan haji, saya difahamkan kemungkinan besar Kerajaan Arab Saudi akan mewajibkan pengambilan vaksin," katanya dalam sidang media selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, mana-mana pihak diminta mendapatkan maklumat sebenar daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengetahui sebarang perkara berkaitan dengan vaksin.

Mengulas mengenai berita palsu berkaitan vaksin AstraZeneca, beliau berkata, ia turut membabitkan vaksin jenis lain, terus disebarkan di seluruh negara.

"Semalam saya dapat satu rakaman audio yang marahkan kerajaan kerana dia mendakwa Perintah Kawalan pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kelantan.

"Sedangkan hari ini, baru saja saya mengumumkan Kelantan kekal sebagai negeri PKP Bersyarat, bukan PKP. Jelas bahawa penyebaran berita jahat seperti ini terus dilakukan yang boleh menyebabkan berlaku panik di Kelantan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 9:51 PM