GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 10 lagi kluster baharu membabitkan tujuh tempat kerja dan tiga komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja itu adalah Kluster Leepang di daerah Rompin, Pahang dengan 62 individu disaring dan 23 kes positif dikesan setakat ini.

Menurutnya, Kluster Indera Mahkota juga kluster tempat kerja di daerah Kuantan, Pahang dengan 145 individu disaring dengan 16 kes dikesan positif Covid-19 direkodkan dalam kluster ini.

"Seterusnya, Kluster Industri Balakong Lapan di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 202 individu disaring, 56 kes positif.

"Bagi Kluster Jalan Perjiranan Empat di daerah Johor Bahru dan Kulai Johor seramai 285 individu disaring, 19 kes dikesan positif," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Stadium Empat juga kluster tempat kerja di daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Tumpat di Kelantan.

"Seramai 263 individu disaring, 35 kes dikesan positif Covid-19. Kluster Ara Murni di daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, dan Kuala Nerus di Terengganu pula merekodkan 16 kes positif hasil saringan terhadap 156 individu.

"Kluster Persiaran Salahuddin juga kluster tempat kerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor, 92 individu disaring, 10 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, Kluster Kabu adalah kluster dalam komuniti membabitkan daerah Baling, Kota Setar, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah dengan seramai 59 individu disaring dan 21 kes positif direkodkan setakat ini.

"Kluster Kampung Paya Pulai di daerah Temerloh, Pahang seramai 44 individu disaring, 10 kes dikesan positif.

"Bagi Kluster Jalan Canning Estate juga kluster komuniti di daerah Kinta di Perak membabitkan saringan terhadap 60 individu dengan 39 kes dikesan positif," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 7:44 PM