SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam. FOTO Selangor Royal Office
SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam. FOTO Selangor Royal Office
Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam.

Selangor Royal Office pada kenyataan hari ini berkata, suntikan dos kedua itu dibuat selepas 21 hari baginda berdua menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut menerima suntikan dos kedua.

"Baginda berkenan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas-petugas barisan hadapan di Selangor mendapatkan suntikan vaksin masing-masing.

"Baginda turut menyeru rakyat di semua peringkat umur supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.

"Baginda juga menggesa rakyat agar segera melakukan pendaftaran di aplikasi My Sejahtera dan bersabar menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 1:48 PM