CUCKOO telah melantik biduanita negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai duta produk terbaharu ini - FOTO CUCKOO
CUCKOO telah melantik biduanita negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai duta produk terbaharu ini - FOTO CUCKOO
Nur Amirah Abd Rani

MENDAPATKAN tidur berkualiti amat penting bagi setiap individu kerana dapat memperkukuhkan sistem imun seseorang, meningkatkan fungsi otak, menaikkan mood serta meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. 

Namun, tidur berkualiti sukar untuk di capai oleh setiap individu kerana faktor-faktor sekeliling seperti tidur dalam keadaan lapar, stress terlampau atau keadaan bilik kurang selesa. 

Ini kerana, amat penting bagi seseorang individu untuk memastikan ruang atau tempat tidur selesa, terutama sekali keadaan tilam. 

Kebiasaannya pengguna tidak menyangka tilam biasa boleh memberi banyak kesan sampingan kepada kesihatan seperti alergi serta postur badan seseorang apabila tilam sedia ada mungkin terlalu keras atau lembut. 

Manakala, penggunaan tilam dalam tempoh masa lama tanpa pembersihan juga boleh menjadi faktor kepada alergi. 

Keadaan ini boleh menyebabkan kesihatan individu terjejas apabila tilam anda mungkin memerangkap hama serta debu atau terdapat kemungkinan serangga pepijat mendiami tilam anda. 

Tilam bergred A dengan servis berkala

Oleh itu, peneraju produk kelengkapan rumah, CUCKOO International Sdn Bhd (CUCKOO) telah memperkenalkan perkakas perumahan terbaharu, iaitu tilam CUCKOO bergred A, tilam A Series (A-series matress) bagi membantu rakyat Malaysia memiliki tidur lebih sihat dan berkualiti. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon berkata, tilam Siri A CUCKOO lengkap dengan gandingan servis pembersihan berkala oleh pasukan servis CUCKOO+, bagi menjamin kesihatan pemilik dan menjanjikan keselesaan minda, serta tidur berkualiti. 

Setiap pembelian Tilam A-Series, akan dibekalkan dengan servis pembersihan tilam berkala untuk menjamin kebersihan tilam supaya dapat memastikan keselesaan dan menjaga kesihatan setiap pemilik.

Tilam bebas aniline ini adalah tilam pertama dan produk terbaharu dan juga simbol usaha CUCKOO sentiasa memperbaharui dan membekalkan produk terbaik bagi rakyat Malaysia. 

CUCKOO turut mensasarkan jualan tilam melebihi RM60 juta pada tahun ini dan berharap dapat menarik dan membantu lebih dari 160,000 rakyat Malaysia untuk memiliki tidur yang lebih lena dan sihat dalam tempoh tiga tahun. 

Tilam gred  A dengan pelan sewaan 

Tilam berinovasi yang dibangunkan dari bahan-bahan bergred A ini digandingkan dengan servis pembersihan sempurna oleh pasukan servis berpengalaman dapat membantu pengguna menikmati tidur lebih lena. 

Bagi memastikan tilam CUCKOO bebas dari pepijat dan kotoran, pasukan servis CUCKOO+ mengadaptasi teknologi pembersihan sempurna "Triple-Supreme" dalam servis pembersihan tilam merangkumi pembersihan vakum berkuasa tinggi, pembersihan hydro serta "all-in hunting".

Pengguna tidak perlu risau kerana, CUCKOO juga menyediakan pelan sewaan mampu milik yang bakal memberikan pelanggan keringanan dari segi kewangan, sambil menikmati servis pembersihan yang berkualiti. 

Pelan sewaan Tilam A-Series ini adalah dari serendah RM150 sebulan untuk kontrak selama tiga tahun. Ia juga didatangkan dengan 10 tahun jaminan serta penghantaran dan pemasangan percuma dengan servis pembersihan berkala setiap empat bulan oleh pasukan servis CUCKOO+ tertakluk tertakluk pada terma dan syarat. 

Tilam gred A keselesaan tiada bandingan

Image

Tilam CUCKOO A-Series tidak menggunakan aniline iaitu toksin berbahaya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan seseorang dan sering digunakan dalam pembuatan produk berasaskan lateks. 

Oleh itu, aniline diganti dengan agen pelekat bergred pemakanan bagi mengelakkan kesan sampingan kepada pengguna serta memberi peluang kepada pengguna menikmati tidur yang lebih lena. 

Lebih menarik lagi, tilam A-Series ini juga terdiri dari empat lapisan dengan keistimewaan tersendiri, iaitu lapisan pelindung, lapisan topper, lapisan penebat, dan lapisan asas. 

Tilam A-Series menggunakan teknologi "Dustic Freeze" sebagai lapisan pelindung menjadikan permukaan tilam lebih nyaman dan bebas debu, hama serta statik. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko serangan alahan.  

Selain itu, lapisan topper tilam CUCKOO adalah 100 peratus lateks, bebas aniline berunsur hipoalergenik dan mempunyai tujuh zon sokongan rangka tubuh. 

Dengan teknologi inovasi yang ada pada lapisan Tilam A-Series, ia berjaya melepasi 60,000 kitaran mampatan dan mempunyai ketahanan tinggi bagi ketegangan, regangan serta ketahanan tilam. 

Pengguna boleh menggunakan tilam ini selama 10 tahun dengan purata lapan jam sehari dan diberi kebebasan untuk memilih tahap kekenyalan tilam mereka mengikut keselesaan mereka.

Tilam ini juga menggunakan fabrik mampat putih 'Felt', dimampatkan dari bulu biri-biri bagi menjamin tahap kebersihan, ketahanan dan keselesaan tilam yang lebih tinggi.

Selain itu, tilam ini dilengkapi lima Zon Spring Teras ergonomik pada lapisan tilam memastikan pemindahan pergerakan sifar dapat menjamin tidur yang lebih selesa tanpa gangguan. 

Tilam mampu milik bergred A ini boleh dilanggani atau dibeli melalui mana-mana CUCKOO E-Brandstore.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CUCKOO International, sila hubungi talian perkhidmatan CUCKOO International di 1800 88 8181. 

Layari laman web  CUCKOO, di https://www.cuckoo.com.my/products/mattresses atau halaman media sosial Facebook dan Instagram.

Klik video untuk maklumat lanjut mengenai Tilam A-Series CUCKOO.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 12:51 PM