Mohd Roji Kawi

Petra Jaya: Eksekutif syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM5.8 juta empat tahun lalu.

Perintah reman terhadap wanita berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Zubaidah Sharkawi di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita terbabit yang bertugas di sebuah syarikat di sini disyaki membuat tuntutan palsu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2017.

WANITA direman empat hari di Mahkamah Majistret Kuching. FOTO Nadim Bokhari
WANITA direman empat hari di Mahkamah Majistret Kuching. FOTO Nadim Bokhari

Tuntutan itu bagi membekalkan makanan ke asrama sekolah di negeri ini.

Sementara itu sumber SPRM berkata, wanita terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuching, petang semalam.

"Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM5,828,220," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 11:09 AM