Bergaya dengan telefon pintar realme C15 di Aildilfitri  - FOTO realme
Bergaya dengan telefon pintar realme C15 di Aildilfitri - FOTO realme
Mohammad Asyraf Khalib

BULAN ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan kebiasaannya waktu begini orang ramai sudah mula merancang perbelanjaan sempena aidilfitri.

Selain faktor penjimatan, perancangan awal juga memastikan anda tidak terlepas jualan hebat musim perayaan yang terkenal dengan tawaran harga berpatutan. 

Antara barangan yang kerap menjadi rebutan adalah pakaian, perkakas rumah, barang perhiasan diri dan peranti elektronik berteknologi canggih seperti telefon pintar.

Bagi anda yang memasang impian untuk bergaya dengan telefon pintar baharu di hari lebaran nanti, realme siri C patut berada dalam senarai peranti pilihan.

Sejak awal kemunculannya, model telefon pintar kelas permulaan ini kerap mencuri tumpuan pengguna kerana sinonim dengan spesifikasi canggih dan harga mampu milik.

Paling menjadi rebutan, model realme C15 dengan memori 4GB+128GB berasaskan eMMC. Berikut antara sebab utama peranti ini menjadi pilihan pengguna masa kini!

Kapasiti bateri besar

Image

Sejak awal kemunculan realme siri C, ciri penting yang menjadi tarikan utama adalah kapasiti baterinya yang besar. 

Untuk model realme C15 sahaja, ia hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh. 

Dengan kapasiti sebesar ini, pengguna tidak perlu risau untuk mengecas peranti berulang kali walaupun selepas beberapa penggunaan dalam hari yang sama.

Berdasarkan ujian, model ini mampu bertahan melebihi satu hari penggunaan selepas pengecasan penuh.

Image

Jika anda mengaktifkan mod 'standby', ia mampu bertahan sehingga 48 hari, membuktikan keupayaan sistem operasinya yang efisien.

Sokongan Super Power Saving Mode pula menjadi nilai tambah untuk realme C15, sesuai bagi pengguna yang sibuk dengan kerja seharian.

Anda boleh memilih untuk mengaktifkan sehingga enam aplikasi kegemaran, dan realme C15 akan mengabaikan aplikasi lain secara automatik bagi penjimatan bateri.

Pengguna juga tidak perlu menunggu lama untuk mengecas realme C15 kerana ia menyokong pengecasan pantas 18W, hanya 30 minit diperlukan untuk 25 peratus bateri.

Rekaan memukau

Image

Dari segi rekaan, siri realme C15 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD, berserta resolusi 20:9 membuatkan peranti ini lebih selesa untuk dipegang. 

Capaian pada keseluruhan skrin juga lebih mudah meskipun hanya menggunakan sebelah tangan.

Selain itu, 'notch' pada realme C15 dilihat lebih kecil berbanding model keluaran sebelumnya. 

Dinamakan sebagai 'mini-drop', rekaan baharu ini membuatkan telefon pintar anda tampak lebih premium dan elegan.

'Mini-drop' turut menawarkan pengalaman penggunaan lebih baik, mengelakkan pengguna terganggu terutamanya sewaktu bermain permainan mudah alih atau ketika menonton video.

Lebih menarik, model ini turut dilengkapi pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakang peranti, memberi lebih kemudahan kepada pengguna untuk mengakses telefon. 

Harga mampu milik

Bagi memeriahkan sambutan hari raya anda tahun ini, realme hari ini mengumumkan harga baharu lebih rendah untuk tiga model realme siri C iaitu:

C15 4GB+128GB: RM699 RM599
C15 4GB+64GB: RM549  RM499
C21 3GB+32GB: RM499 RM459

ImageImageImage

Untuk model realme C21, peranti baharu ini disertakan paparan skrin besar berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9, sama seperti realme C15. 

Ia juga dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh dan tri-kamera belakang dengan sensor 13MP + 2MP + 2MP.

Berdasarkan spesifikasi ditawarkan pada realme C15 dan realme C21, tidak hairan jika telefon pintar realme siri C terus relevan dan menjadi kegilaan pengguna masa kini. 

Justeru, jangan lepaskan peluang mendapatkan telefon pintar realme C15 dan realme C21 dengan segera. 

Anda boleh mengunjungi kedai realme atau pengedar sah realme untuk mendapatkan telefon pintar realme C15 dan realme C21 pada harga diskaun hari ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web realme.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 1:47 PM