Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Sepanjang tempoh dua bulan tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM32.9 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, ia hasil operasi berskala besar yang dijalankan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di Pulau Pinang.

"Jumlah rampasan tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu RM43.7 juta.

"Pada masa sama, sepanjang dua bulan ini juga, 1,271 individu ditahan. Bagi 2020, kami menahan 8,633 individu dan membuka 6,574 kertas siasatan," katanya pada sidang media semalam.

Sahabudin ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Selain itu, 2,456 kertas siasatan membabitkan jenayah komersial dibuka tahun lalu membabitkan kerugian RM181.6 juta," katanya.

SAHABUDIN berucap dan menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis KE-214 di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong
SAHABUDIN berucap dan menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis KE-214 di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 2:56 PM