etua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar bekas Pendakwa Raya yang juga orang penting sindiket Pengubahan Wang Haram dan jenayah Komersial berkaitan Datuk Seri Nicky Liow. FOTO OMAR AHMAD
etua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar bekas Pendakwa Raya yang juga orang penting sindiket Pengubahan Wang Haram dan jenayah Komersial berkaitan Datuk Seri Nicky Liow. FOTO OMAR AHMAD
Omar Ahmad


Johor Bahru : Polis Johor sedang mengesan bekas Timbalan Pendakwa Raya kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dicari berhubung kes sama berkaitan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

Katanya alamat terakhir Md Azar Izwan di apartment di Puchong, Selangor.

"Datuk Seri Nicky masih lagi bebas. Ada seorang lagi suspek yang dicari Md Azar Izwan. Suspek yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya beralamat terakhir di Puchong, Selangor.

"Saya minta mana-mana individu atau keluarga yang tahu kedudukannya boleh berhubung dengan pegawai polis, ASP V Prakash ditalian 012-5209767.

"Suspek ini adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam sindiket yang melibatkan Datuk Seri Nicky Liow. Suspek dicari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang," katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke 214 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, berhubung kes ini, 92 individu ditahan dalam beberapa siri serbuan di Puchong.

Katanya daripada jumlah itu, 40 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Manakala bakinya dibebaskan selepas disiasat dan tidak terlibat secara langsung dalam kes terbabit.

"Saya tidak boleh berkongsi perincian lanjut mengenai operasi di Puchong, kerana masih ada suspek yang akan ditangkap. Ini kes besar melibatkan Pengubahan Wang Haram dan jenayah Komersial," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 11:32 AM