GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Pesara guru kerugian RM38,000 selepas dua kali menjadi mangsa penipuan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 66 tahun pada awalnya berkenalan dengan seorang lelaki dikenali Micheal Tan pada Julai tahun lalu dan hanya berhubung melalui Facebook Messenger sahaja.

Katanya, mangsa kemudian diminta membantu suspek yang mengalami masalah kewangan dan dia memasukkan RM11,000 melalui akaun bank berbeza.

"Mangsa yang menyedari dirinya ditipu kemudian memutuskan hubungan dengan suspek. Bagaimanapun, mangsa dihubungi oleh seseorang yang mendakwa daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Disember tahun lalu yang memaklumkan boleh menyelesaikan masalah mangsa selepas ditipu Micheal Tan.

"Terpedaya dengan tawaranitu, mangsa bersetuju membuat pembayaran perkhidmatan kononnya ditawarkan FBI itu," katanya hari ini.

Chang Hook berkata, keadaan bertukar menjadi episod ngeri kepada mangsa apabila ejen FBI itu dilaporkan menakutkan mangsa selain meminta duit sebelum dia sedar ditipu buat kali kedua.

"Siasatan mendapati, mangsa sudah memasukkan duit berjumlah RM27,000 kedalam akaun berbeza secara berperingkat kepada ejen FBI terbabit," katanya pesara guru itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 11:57 AM