NORAINI (tengah) selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Bersama Menteri Pengajian Tinggi. FOTO Essa Abu Yamin
NORAINI (tengah) selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Bersama Menteri Pengajian Tinggi. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpuas hati dengan tahap pematuhan standard prosedur operasi (SOP) di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menerima kemasukan penuntut ke kampus yang dilaksanakan pada awal Mac lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, semua universiti termasuk politeknik dan kolej komuniti memantuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan lebih teratur.

"Sehingga kini terdapat 44,000 pelajar yang sudah berada di dalam kampus dan ada sebahagian kecil berada di luar kampus berjumlah kira-kira 4,800 orang daripada jumlah keseluruhan pelajar pengajian tinggi di negara.

"Jumlah keseluruhan mahasiswa di IPT ketika ini adalah kira-kira 1.3 juta orang merangkumi enam kategori yang terlibat dan ianya dilaksanakan secara berperingkat.

"Pilihan diberikan sepenuhnya kepada pelajar sama ada mahu atau tidak untuk kembali ke kampus bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP) secara hibrid mereka," katanya ketika sidang media Program Malaysia Prihatin BersamaMenteri Pengajian Tinggi di InstitutPendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn (IPTHO) dekat sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihak KPT akan melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa serta Kad Siswa Prihatin yang akan diberikan secara percuma kepada pelajar IPT di seluruh negara dalam masa terdekat.

"KPT berhasrat memantapkan fungsi kad matrik pelajar sebagai kad pelbagai guna yang turut berfungsi sebagai kad debit dan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti e-dompet dan transaksi tanpa tunai serta diskaun.

"Kad Siswa Prihatin itu adalah salah satu agenda yang diusulkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lepas bagi memartabat serta memperkasakan mahasiswa di IPT," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mac 2021 @ 3:50 PM