TIGA penguat kuasa JPJ dan dua proksi direman di Mahkamah Majistret Ipoh selama enam hari bermula hari ini. FOTO Balqis Jazimah Zahari
TIGA penguat kuasa JPJ dan dua proksi direman di Mahkamah Majistret Ipoh selama enam hari bermula hari ini. FOTO Balqis Jazimah Zahari
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua proksi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu kes menerima sogokan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab mengeluarkan perintah reman itu ke atas kelima-lima lelaki selepas mereka tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.30 pagi.

SPRM melalui satu kenyataannya berkata, mereka antara lapan penguat kuasa JPJ Perak, Pahang dan Pulau Pinang serta empat proksi yang yang ditangkap kerana disyaki menerima suapan.

Mereka disyaki menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan dijalankan berikutan aduan diterima mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 12:40 PM