Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kluster tempat kerja terus mendominasi jumlah kluster aktif dengan 12 kluster baharu direkodkan setakat hari ini, manakala satu lagi kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster tempat kerja direkodkan di Selangor dan Johor, manakala masing-masing satu di Sarawak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Katanya, kluster berkaitan aktiviti keagamaan pula direkodkan di Kedah.

"Kluster baharu di Selangor ialah Kluster Sungai Puloh (Klang), Kluster Batu Tiga Lama dan Kluster Perusahaan Amari.

"Di Johor, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Delima dan Kluster Batu 19, manakala Sarawak merekodkan Kluster Jalan Tanjung.

"Selain itu, KKM merekod Kluster Gunung Mas di Negeri Sembilan; Kluster Jalan Lapan Belas di Kuala Lumpur; Kluster Tapak Bina Meha di Kedah;, Kluster Kampung Air Batang di Pahang; dan Kluster Chendering Height di Terengganu, manakala Kluster Jalan Sekerat di Kedah adalah kluster keagamaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hingga kini, 431 kluster masih aktif di seluruh negara dengan 56 kluster merekodkan pertambahan kes baharu.

Sementara itu, katanya, enam kluster tamat iaitu Kluster Jalan Tropicana, Kluster Pengkalan Teras, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Tabong, dan Kluster Jalan Niaga.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 7:04 PM