AZMI (kiri) dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Arjunaidi dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Selangor. FOTO Arkib NSTP
AZMI (kiri) dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Arjunaidi dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Selangor. FOTO Arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 71 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 April 2021.

Dalam satu kenyataan, PDRM berkata, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ditukarkan ke jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Katanya, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Selangor dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman Datuk Dr Lee Bee Phang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah dilantik Timbalan Ketua Polis Melaka dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 11:23 PM