KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sejumlah 10 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini, membabitkan masing-masing lima kluster berkaitan tempat kerja dan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja berkenaan ialah Jalan Industri Dua di Selangor, Jalan Pelepas Dua (Johor), Lintang Bayan Lepas (Pulau Pinang), Jalan Laksamana (Perak) dan Ladang Bukit di Terengganu.

Beliau berkata, kluster komuniti pula di Jalan Main Bazaar, Sena dan Buloh Pasi di Sarawak, selain kluster Jalan Tempua dan Jalan Kunci Air di Selangor.

"Sebanyak 10 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Budiman, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Batu 38, Kluster Taman Segar, Kluster Industri Bentong Sebelas, Kluster Jalan Pengkalan, Kluster Jalan Firma Tiga, Kluster Jalan Canggih, Kluster Tapak Bina Jalan Panah dan Kluster Bintang Daily menjadikan keseluruhannya 792 kluster tamat.

"Jumlah kluster aktif adalah 440 kluster manakala jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 60 kluster.

"Kluste dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Lintang Bayan Lepas sebanyak 26 kes, Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Persiaran Wawasan (26 kes), dan Kluster Teknologi Emas mencatatkan 24 kes," katanya dalam satu kenyataan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 7:00 PM