Pemancut air BATERI BIDET menawarkan pengalaman pembersihan sempurna - FOTO Coway
Pemancut air BATERI BIDET menawarkan pengalaman pembersihan sempurna - FOTO Coway
Mohammad Asyraf Khalib

PENJAGAAN kebersihan dan kesihatan diri seperti amalan mencuci tangan dengan kerap sangat dititikberatkan sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, isu kebersihan semasa menggunakan tandas masih kurang diberi perhatian dan sering dianggap janggal bagi segelintir masyarakat. 

Menyedari ia sebenarnya penting dalam kehidupan, pakar penjagaan air, udara dan kesejahteraan rumah, Coway komited menerajui teknologi terkini untuk penjagaan kebersihan diri dalam tandas. 

Terbaharu, Coway Malaysia melancarkan BATERI BIDET, alat pemancut air berteknologi pintar untuk pembersihan lebih sempurna selepas menggunakan tandas. 

Ia menawarkan pengalaman pembersihan diri lebih mudah, jimat, bersih dan menyenangkan.

Image

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi, berkata selain mengurangkan penggunaan tisu tandas, BATERI BIDET juga mampu menjimatkan air.

Pemancut air baharu ini membantu pengguna membersih dengan mudah dan cepat serta mengurangkan pengunaan air berbanding kaedah biasa.

Tambah Kyle Choi, BATERI BIDET juga mengelakkan percikan air di lantai, mencegah lantai basah dan mengurangkan risiko kecederaan akibat tergelincir atau jatuh.

Banyak manfaat

Sementara itu, BATERI BIDET turut menawarkan manfaat lain seperti menyokong kesihatan dan kesejahteraan pengguna. 

Menurut Coway, penggunaan BATERI BIDET berupaya mencegah jangkitan saluran kencing, masalah sembelit, buasir, menjaga kebersihan semasa haid wanita dan memelihara kesihatan prostat lelaki. 

Kawalan pintarnya pula menjanjikan kemudahan bagi penggunaan orang kurang upaya (OKU), warga emas, wanita hamil dan pesakit selepas pembedahan. 

Selain itu, pemasangan BATERI BIDET di tandas awam pejabat atau pusat membeli-belah sudah pasti menjamin tahap kebersihan keseluruhan premis sesuai untuk kegunaan orang ramai.

Image

Ditanya mengenai fungsinya, Coway menyatakan BATERI BIDET dicipta mesra pengguna dengan pelbagai ciri praktikal. 

Fungsi pembersihan diri BATERI BIDET membolehkan ia dicuci secara automatik sebelum dan selepas digunakan, menjamin tahap kebersihan lebih tinggi. 

Panel satu sentuhan pula menawarkan kawalan mudah dan serbaguna bagi beberapa posisi pembersihan, dua kawalan tekanan air dan empat penetapan arah air. 

Dikendalikan sepenuhnya dengan bateri, BATERI BIDET boleh dipasang dengan mudah di tandas tanpa soket dinding. 

Image

Lebih menarik, BATERI BIDET dilengkapi sensor tempat duduk membolehkannya diaktifkan hanya apabila berat manusia dikesan, mengelakkan percikan air tidak sengaja.

Ciri ini sesuai jika anda mempunyai anak kecil yang suka menekan suis elektronik di rumah.

Hadir dengan rekaan nipis, BATERI BIDET juga menjanjikan penjimatan ruang tandas sekali gus menyerlahkan ciri modennya.

Langgan sekarang!

Image

Anda boleh menikmati kemudahan dan manfaat BATERI BIDET di rumah menerusi skim sewaan mampu milik Coway berharga RM49 sebulan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun. 

Perkhidmatan penyelenggaraan dilakukan sekali setiap empat bulan, merangkumi penukaran bateri dan pembersihan pemancut bidet bagi meningkatkan tahap kebersihannya.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk membeli terus BATERI BIDET pada harga RM1,390 termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma satu tahun.

Jika berminat, kini BATERI BIDET Coway boleh dimiliki pada harga promosi khas RM39 sebulan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Dengan merebut tawaran ini, pelanggan bakal menikmati penjimatan sehingga RM600 serta berpeluang membawa pulang pemegang berus gigi dan ubat gigi eksklusif secara percuma. 

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman pembersihan sempurna dan mudah dengan BATERI BIDET Coway! 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Coway, layari www.coway.com.my

*Tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 9:08 AM