ANGGOTA polis memantau pergerakan pelajar yang masuk ke kawasan sekolah bagi menghadapi perperiksaan SPM. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
ANGGOTA polis memantau pergerakan pelajar yang masuk ke kawasan sekolah bagi menghadapi perperiksaan SPM. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menempatkan 44 anggota dan pegawainya di 11 sekolah sekitar Putrajaya bagi mengawal pergerakan pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, anggota dan pegawai polis itu ditempatkan di luar pagar serta dalam sekolah untuk memantau prosedur operasi standard (SOP) di setiap sekolah berkenaan.

Katanya, penempatan anggota dan pegawai itu di ditempatkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

"Kita menempatkan dua anggota dan pegawai kita serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah dan mereka ini akan menegur sekiranya ada yang tidak mematuhi SOP.

"Setakat tinjauan yang kita buat hari ini, semua sekolah di Putrajaya mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya pengawas peperiksaan memakai alat pelindung muka, pelitup muka serta sarung tangan.

"Selain itu, tidak ada pergerakan daripada guru-guru ini untuk mengawasi sepanjang masa serta menjaga jarak 1.5 meter antara pelajar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Sekolah Sultan Alam Shah, di sini hari ini.

Mohd Fadzil berkata, hari ini seramai 1,726 calon termasuk calon persendirian menduduki peperiksaan di sekolah sekitar Putrajaya yang berlangsung hari ini sehingga 25 Mac ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 9:59 AM