GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuching: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak semakin menurun selepas 42 lagi mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, menjadikan keseluruhan 486 mangsa masih berada di PPS pagi ini berbanding 528 semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan hanya tinggal dua PPS iaitu di SK Tanah Puteh dan Dewan Masyarakat Serian, di daerah Serian yang masih beroperasi selepas PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh ditutup 6 petang semalam.

Sebanyak 338 mangsa banjir daripada 114 keluarga ditempatkan di SK Tanah Puteh manakala 148 mangsa daripada 52 keluarga berlindung di Dewan Masyarakat Serian.

Serian menjadi daerah tunggal yang masih menghadapi keadaan banjir gelombang ketiga di Sarawak tahun ini sejak episod bencana pertama bermula 13 Jan lepas, diikuti gelombang kedua pada 30 Jan.

Gelombang ketiga banjir di negeri ini tercetus sejak 3 Feb di kawasan tengah dan utara Sarawak sebelum beralih ke kawasan selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 11:09 AM