Rumah yang didiami kanak-kanak mangsa dera bersama ibu kandung dan bapa tirinya. Foto Amir Mamat
Rumah yang didiami kanak-kanak mangsa dera bersama ibu kandung dan bapa tirinya. Foto Amir Mamat
Amir Mamat

Melaka: Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek yang kini direman tujuh hari pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.

"Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada arwah kanak-kanak yang meninggal dunia itu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Ibu kandung kanak-kanan berkenaan juga masih direman berkaitan kes terbabit bagi membantu siasatan polis.

Abdul Majid berkata, buat masa ini pihak polis masih lagi dalam proses melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya berusia 32 tahun direman sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di Taman Krubong Jaya di sini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemukan dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di badan.

Jenazahnya dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin lalu.

Berita berkaitan:

  • Dua anak suspek kes dera masih di hospital
  • Tunggu Ummi, Abah di syurga - Ibu angkat
  • Jenazah kanak-kanak dipercayai didera selamat dikebumikan
  • Jenazah kanak-kanak dituntut keluarga kandung
  • Lebam, luka lama dan baru pada badan mangsa - Polis
  • JKM mohon jaga dua adik-beradik mangsa dipercayai didera
  • Bantal busuk pengganti adik - Norlida
  • Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
  • 'Mangsa sering bersendirian, termenung' - Jiran
  • 'Saya menyesal... sepatutnya saya pertahankan Adik'
  • Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman
  • 'Tidak kasihan ke individu itu kepadanya?'
  • Budak maut didera
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 12:36 PM